'Sudahlah dik, ini semua ketentuan Allah..kau mahupun aku walhal semua orang tak boleh nak mempertikaikan kehendakNya. Ni semua Qada' dan QadarNya. Dia lebih sayangkan Shahir. Kau kena relakan. Tak baik meratapi orang yang sudah tiada..tersiksa roh dia...adik....' Ain merangkul leher Adira kemas. Dan tanpa dia sedari, air matanya turut mengalir Namun tidak sederas Adira. Dia tahu adiknya sungguh menyintai Shahir dan begitu juga sebaliknya. Tapi apakan daya. Shahir telah pergi buat selamanya.
'Akak, kejap..' Adira bingkas bangun menghampiri kepala katilnya sambil mengesat air mata. Ain yang kehairanan hanya melihat apa yang cuba dilakukan Adira. Adira kembali menghampirinya dengan kotak kecil ditangannya yang berwarna merah saga.
'Akak, ni cincin Shahir bagi masa dia melamar Dira. Akak tahu tak, dia lamar Dira depan masjid kak.. dia cakap, bersaksikan makmum-makmum di dalam masjid, yang paling utama, bersaksikan Allah SWT..dia nak Dira jadi Hawa dalam hati Adamnya. Dia nak saat itu menjadi saat paling bermakna dalam hidup Dira. Dia berjanji akan sentiasa berusaha menjadi lelaki terbaik di dalam hidup Dira. Akak tengok kak, cincin ni..walaupun tak bertatahkan permata, tapi kat dalam ada tertulis 'ShahIra' gabungan nama kami kak..Akak, akak dengar tak ni??' Adira bertanya sebaik sahaja melihat Ain bingkas bangun sambil menekup mulutnya. Ain kemudiannya laju melangkah menuju ke pintu. Adira juga turus mengesat sisa-sisa airmatanya lalu terkocoh-kocoh memasukkan kembali cincin pemberian Shahir ke dalam bekas.
'Akak?? jangan nangis..nanti Shahir marah Dira tak pandai pujuk akak..tolonglah kak...' Adira merengek melutut di depan Ain sambil menyusun sepuluh jari dengan kemas. Dia seakan-akan terbayang wajah Shahir ketika satu peristiwa melibatkan dia dan Ain bergaduh. Di saat itu, Shahirlah yang memujuknya.
'Sayang, awak tak baik tau gaduh dengan Ain tu. Dia kakak awak..' Shahir memujuk lembut sambil membetulkan jilbab Adira yang kelihatan senget.
'Awak ..saya tengah marah ni..jangan cakap pasal ni sekarang boleh? Saya tak ada mood nak bincang pasal dia' Adira memuncungkan mulutnya yang panjangnya mencecah 3 inci. Shahir yang berada disebelahnya tidak dipandang. Hanya memandang pantai yang sedikit berombak dihadapannya. Shahir masih tak berputus asa. Dia mencuit lembut bahu Adira namun Adira tetap tak hiraukannya. Beberapa kali cubaan yang sama tetap tak dihiraukan.
'Ok kalau awak berkeras sangat. Nak tahu sesuatu tak? Sebagai gadis berumur 20 tahun, awak terlalu kebudak-budakan. Ego awak melebihi ego seorang lelaki tau. Tiap kali awak bergaduh dengan Ain, saya yang kena sejukkan keadaan. Dan lepas tu, Ain yang akhirnya terpaksa mengalah. Kerana apa? Sebab dia masih sayangkan awak. Sebab awak satu-satunya adik dia. Sebab dia tak mahu awak terus-terusan bermasam muka dengan dia. Dan sebab dia tak mahu awak menanggung dosa saat awak tidak bertegur sapa dengan dia. Tolonglah, dia satu-satunya kakak awak..buangkan ego awak untuk kali ini. Dan kalau permintaan saya tidak keterlaluan, saya harap awak jaga elok-elok hubungan awak dua beradik..Tolonglah kesiankan kakak awak..ikut saya balik rumah awak. Awak minta maaf dengan dia ok? hurmm?' Shahir mengangkat keningnya lalu menyentuh lembut bahu Adira. Adira yang masih merenung pesisiran pantai memejam matanya untuk seketika. Shahir memaut kedua-dua bahu Adira lalu dihadapkan kearahnya. Airmata Adira yang mengalir sedari tadi diseka lembut. Adira tersenyum kelat lalu mengangguk lembut kepalanya.
'Adira!!'
Adira membuka matanya yang ditutup tadi dengan sekelip mata. Dia melihat Ain masih lagi berdiri dihadapannya. Tetapi dengan wajah yang kemerah-merahan menahan tangis.
'Adik..cukup!! Dia dah tak ada!! Terima hakikat dan kembali jadi Dira yang dulu!! Akak mohon dik..dah 2 bulan dia pergi..dah dua bulan kau meracau tiap malam mimpikan dia...dah dua bulan juga....adik...tolonglah....' Ain tak dapat menghabiskan ayatnya. Dia terlalu sebak melihat Dira. Sejak 2 bulan yang lalu. Adira kerap memanggil Shahir sedangkan orangnya sudahpun pergi menyembah Allah. Adira juga kerap menekan-nekan telefonnya memanggil Shahir. Dia ibarat sudah hilang pedoman. Tiap kali Ain terpaksa mengingatinya bahawa Shahir sudah tiada. Apa yang Adira boleh buat hanya mengangis, menangis dan menangis.Ain juga simpati melihat keadaan adiknya yang semakin kurus. Kadangkala dia terpaksa berpura-pura mengatakan yang Shahir akan mengajak Adira keluar sekiranya dia mahu makan dahulu. Setelah makan, dia beritahu pula Shahir harus pulang ke tempat kerja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Dia sudah seakan-akan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.
'Apa akak cakap ni?'
'Adira, untuk akak, juga untuk Shahir, tolong lepaskan dia..jangan buat dia tersiksa dik...akak mohon' Ain yang tadinya berdiri turut berlutut dihadapan adiknya. Dia memeluk Adira dengan sepenuh hati. Adira juga...seperti menyedari tindakannya..membalas pelukan Ain.
'Dira tak tahu kak. Dia selalu membayangi hidup Dira. Dira rasakan yang dia betul-betul ada dengan Dira. Dira...Dira terlampau cintakan dia kak....Shahirrrr~~'
Adira meratapi Shahir sekali lagi. Kali ini, atas dorongan Ain..dia tekad..untuk lepaskan Shahir. Dia tak berharap Shahir tinggalkannya tapi untuk meneruskan hidup, dia perlu tabah melepaskan Shahir. Dia tidak pernah jemu mendoakan Shahir dan berharap agar Shahir juga mendoakan kesejahteraan dirinya yang masih meneruskan perjuangan di alam fana ini.
![]() |
aku berdoa untukmu, Shahir |
baru mula dah sedih... huhu,, sambung tau! :)
ReplyDeleteheee~~ da bce ke?? ok2 nnti akn disambung ^_^
ReplyDeleteI LIKE THIS STORY(cm ne nih mula2 pun dh bnjir umah ni ha)sedey kot!hehehe....smbung tau jgn lpa gtau2 la kt sye....
ReplyDeleteaiyooo~~ banjir suda??? ahhaahhah ok2 i will :)
ReplyDeleteamboi2 , wat citer xbgtaw yer !!!
ReplyDeletehehe ape2 pon , bestlahhh akak :):)
ahhahahahax...bkn x mau bgtau...nk berbual2 pon da jarang :)
ReplyDeleteheheh ye lah bnjir lpa tadah timba hehehe
ReplyDelete