SNOW GLOB

for BLOGGY

SHAHIRA's

Thursday, December 29

nukilan untukmu bab 2

Dia membelek-belek dirinya dihadapan cermin. Dia sudah bersiap rapi dengan baju blous lengan panjang berwarna cream disesuaikan dengan seluar jeans hitam yang masih baru. Cuma ada yang tertinggal. Kepalanya belum di hiaskan. Dia segera membuka pintu almari yang berada betul-betul dihadapannya. Mata Adira tertumpu kepada sehelai selendang berona hijau lembut. Itu adalah pemberian Shahir ketika mereka masih dibangku sekolah. Dengan tanpa dia menyedari, Adira merasakan ada butir-butir jernih yang jatuh ke pipinya namun dia menggeleng laju menidakkan perasaan sebak yang masih bersarang dalam hati.

'Apakah aku sudah bersedia? Ya Allah..kuatkan hatiku.....' Adira menekup mukanya seketika. Adira mengeluh kuat sebelum mengenakan selendang itu dikepalanya rapi. Biarlah aku merawat rindu aku melalui selendang ini. Adira tersenyum manis melihat dirinya dalam cermin. Shahir, aku akan mulakan hidup yang baru..demi kau.

*********

'Dah abang, banyak kali Ain nasihatkan dia. Tapi dia tetap macam tu. Abang tau tak, Dira tu makan pun nak bersuap sekarang. Dah tu asyik Shahir je yang disebutnya. Ain sedih tengok adik kita tu bang. Abang tak ada kat sini, tersiksa batin Ain, risau tengok adik tu. Kalau boleh cepat balik ya bang. Ain tak.....'

'Selamat pagi!!' Adira menuruni tangga dengan senyuman yang cukup manis. Dia menerpa ke arah Ain yang masih tergamam melihat Adira sudah bersiap seperti mahu pergi ke sesuatu tempat. Belum sempat Ain mematikan telefon Adira sudah merampasnya dari tangan Ain.

'Siapa kak? Oh abang Zul. Hello? Abang, Dira ni. Dira sihat..cuma akak je yang lebih-lebih. Soal syarikat ayah abang tak perlu risau. Biar Dira ngan akak je yang jaga. Abang elok-elok kat sana eh.'

Setiap bait yang Adira tuturkan membuat Ain semakin pusing. Apa kena dengan Adira ni? Sawan ke apa? Perbualan antara Zul dengan Adira juga diluar lamunannya. Dia hanya memandang Dira dengan perasaan yang aneh.

'Ok bang, insyaAllah, assalamualaikum' Adira mematikan panggilan dari Zul. Terasa seperti diperhatikan, dia menoleh ke arah Ain yang bersandar di peti sejuk. Dia mengangkat bahu seperti tidak mengerti. Ain yang masih belum berhenti mengelamun, melangkah setapak ke arah adiknya yang kecil molek itu. Tapi belum sempat berkata-kata, Adira terus mengajaknya ke ruang makan untuk bersarapan bersama. Mengelak barangkali.

'Oh kak..Lupa pulak. Abang kirim salam tadi'

'Waalaikumussalam. Dira cakap apa je dengan abang tadi?'

'Urmmm....Eh Eh..Sedapnya mee goreng akak ni. Memang chef handalan area Taman Suteralah akak.'

'Yelah tu, suka sangat lari topik  Setakat dalam taman ni je baik tak payah puji akak.'

'Akak, ok ok..masakan akak yang terbaik pernah Dira makan. Tapi kalau kita ada mak mesti akak tak boleh lawan' Serta-merta Adira berubah muka. Tak sangka dia masih teringatkan 'mak' yang tak pernah muncul dalam hidupnya. Cuma Datuk Suhaimi, ayahnya, mengatakan yang ibunya sudah menghadap Ilahi selepas Adira dilahirkan. Ain yang meneleku tangannya juga tiba-tiba berubah riak wajah. Pada mulanya dia ingin menenangkan Adira tetapi Adira lebih cepat mengatasi perasaannya.

'Tak apa..kita sambung makan kak. Sedap ni...'

'Adik..adik dah ok?? Maksud akak, Shahir....' sekali lagi suapan Adira terhenti. Dia sendiri tak pasti apa jawapan untuk Ain. Tapi yang pasti, dia bangkit semula untuk Shahir. Hanya untuk Shahir. Ain masih memandang Adira meminta jawapan. Tangan mulus Adira digenggam lembut lalu mengucupnya. Sungguh Ain masih berharap Adira akan berubah. Tetapi tidak sedrastik ini. Adira melepaskan tangan kakaknya lalu menghirup perlahan kopi enak yang masih panas. Matanya di kejap..masih ada butir-butir mengalir di pipi Adira. Sesaat kemudian, dia kembali tersenyum lalu bingkas bangun mencapai beg tangannya.

'Dira...nak pergi mana?'

'Nak pergi officelah. Sepanjang 2 bulan, akak yang kena handle dengan abang. Sekarangkan abang ada kat Miami, nak luaskan pengaruh syarikat kita kat sana. So Dira dengan akaklah yang kena uruskan syarikat. Dira pergi dulu. Nanti akak pergi kemudian ok? Assalamualaikum'

Adira menghulurkan salam dengan kakaknya kemudian berlalu dengan azam yang baru. Hidup baru. Adira yang baru.

*******

'Selamat pagi Eva. Hari ni ada berapa appointment yang saya perlu attend?' Adira bertanya dengan setiausaha syarikat BiOxycom Berhad milik ayahnya, Eva. Eva yang dari tadi sibuk bergosip dengan rakannya terkocoh-kocoh membuka buku kecil untuk dia mencatat segala appointment orang-orang atasannya.

'Eh...Selamat pagi..Cik Ain...I mean, Adira. Cik Adira. Kejap I check. Urmm..U ada 3 appointment hari ni. Pukul 11 dengan DiaKasih Holdings, pukul 2 dengan Mr. Seth Tan from Sukabumi Berhad and....dengan wakil dari syarikat Interdell Berhad at 3.30 p.m. That's all'

'Ok, thanks. Oh ya...by the way...jangan kerap sangat bergosip. Nanti makan diri' Adira tersenyum sinis kepada Eva. Eva pula hanya menahan geram diperli sebegitu rupa. Dalam pada Adira melangkah menuju ke ruangannya, Eva sudah mula bergosip lagi.

'Eh bukan Cik Adira kita tu sakit ke? Setahu aku, lepas buah hati dia meninggal dia terus jadi....' Eva menunjukkan jari telunjuknya di kepala. 'Kau tahu kan?' Eva menyoal kembali kepada rakannya.

Adira yang masih mendengar perbualan Eva dan rakan kerjanya itu hanya memekakkan telinga. Dia membuka perlahan pintu itu. Haruman AmbiPur lavender masih ada.

'Rindu betul dengan bilik ni'

Adira merenung sebingkai gambar yang ada di atas meja. Dia membelek gambar itu. Gambar kenangan waktu dia dan Shahir sedang bergembira di Hutan Bandar bersama Ain. Adira memeluk erat gambar itu...kemudian diletakkan kembali ke meja...

'Ok!! Time to work!! Wish me luck, Shahir' :)

2 comments:

  1. thanks farrah!!best sgt citer nih.....hope ade la muka yg sama ngan shahir nnti hihihi btw keep it up ya!taun dpn sye jarang on9 so,pas dh on9 bru bce ye....

    ReplyDelete
  2. sy cume inginkan yg terbaekkk~~ so sy tulis ikut kepuasan hati sy...n kalo boleh,,kt blog nih tlong pggil merpati putih...sbb itu adalah nama pena sy...thanks :)

    ReplyDelete