SNOW GLOB

for BLOGGY

SHAHIRA's

Saturday, January 14

nukilan untukmu bab 3

'MasyaAllah...apa pulak masalah ni??' Adira turun dari kereta Peugot miliknya sambil memerhati kalau ada sebarang masalah dengan kereta kesayangannya itu. Sudahlah tadi dia perlu hadapi Ain kerana cuai ketika membuat laporan tentang tender yang diuruskannya., bajunya habis basah akibat hujan lebat ketika baru keluar dari pejabat, ini pulak, kereta mati tengah-tengah jalan. Beristighfar panjang Adira dalam kelam kabut itu. Dia cuba menahan teksi namun semuanya mengelak dari traffik jam kerana rumah Adira di Taman Scientex memang kawasan yang sibuk.

'Ya Allah, satu teksi pun tak nak berhenti ni. Macam mana ni?? Akak...ya akak' Dia segera masuk kembali ke dalam kereta sambil meraba-raba beg tangannya mencari BlackBerrynya. Ditekan-tekan butang mencari nombor Ain. Setelah meminta pertolongan Ain, dia meletakkan kembali BB kedalam beg tangannya. Adira memeluk tubuh kecilnya kerana kesejukkan, keadaan diluar pula semakin haru biru..langit hanya kelihatan putih saja. Hanya lampu kereta-kereta lain memancar kabur dari belakang. Sekali sekala Adira menoleh kebelakang untuk memastikan sama ada Ain sudah sampai atau belum namun sangkaannya meleset...

'Hoooooonnnn~~' ada juga kereta yang memandu laju tidak sedar akan keberadaan Peugot milik Adira itu, bila sudah dekat, baru tekan hon kuat-kuat. Adira yang beberapa kali terkejut merungut sorang-sorang dalam keretanya.

'Ape punya gilelah, tak nampak agaknya kereta aku besar tahap atuk babun ni, nak hon-hon pulak.. Tau lah kereta semua mewah-mewah. Hai, mana pulak akak ni..letihlah kak oi......' Omelan Adira tak putus-putus. Dia tetiba diam seketika, lalu dia ketawa sesaat kemudian. 'Dah gila agaknya cakap sorang-sorang aku ni'. Adira kemudiannya cuba untuk mendail Ain sekali lagi, tapi malangnya BB kehabisan bateri. Lagilah Adira mengeluh panjang. Sesekali timbul akal kanak-kanak riangnya, ada kereta lalu, dia akan bunyikan hon kereta. Hampir putus urat ketawa Adira gelak terbahak-bahak. 'Amek kau! Tadi orang hon aku, ni aku hon orang'

'Tokkk...tokkk...cik...ada masalah ke?'

'Opocot aku kawin lagi...eh...aah kereta saya rosaklah.' Adira cover malu sebaik sahaja dia menurunkan tingkap sisinya. Ada seorang jejaka yang lengkap berbaju hujan sambil helmet masih di kepalanya. Lelaki itu tersenyum manis sebelum dia menyuruh Adira cuba untuk menghidupkan enjin beberapa kali.

'Tak boleh ni. Saya buka bonet depan ni ya? Mana tau ada yang rosak ke.' Adira hanya mengangguk perlahan sambil menarik picu kecil untuk membuka bonet hadapannya. Lelaki tadi beralih kedepan kereta kemudian dia menyuruh Adira sekali lagi cuba untuk menghidupkan enjin. Gagal.

'Air bateri kereta cik ni habislah. Tayar pun pancit. Kena tukar baru ni. Cik dah panggil sesiapa untuk tolong? Kalau ada saya kena gerak ni. Habis lenjun saya.'

'Ye ke?? Maaf sudah susahkan awak. Saya dah call akak saya, kejap lagi sampailah tu.'

'Oh gitu? Kalau macam tu saya tunggu kat sini jelah. Nanti saya boleh panggilkan kawan saya tarik kereta ni pergi ke bengkel saya. Takpekan?' Lelaki itu masih setia menanti diluar dan basah kehujanan. Adira yang simpati dengan keadaannya menyuruh lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Walaupun ada perasaan curiga, namun Adira merasakan bahawa lelaki itu seorang yang jujur, sebab itu dia membenarkannya masuk ke dalam kereta.

'Maaflah, kesian kat awak, basah-basah pun masih nak tolong saya'

'Saya tolong atas dasar saudara sesama muslim. Saya nampak cik dari dalam kedai tadi. Lagi kesian, takde satu teksi pun nak berhenti.'

'Normallah tu. Tiap kali memang macam tu. By the way, saya belum tau nama awak lagi.'

'Shahir...Adam Shahir ....awak??'

Adira tergamam. Apa reaksi yang perlu dia berikan? Apakah mahu tersenyum ataupun menangis kerana luka lama kembali lagi. Dia kaku, tiada sebarang reaksi dari Adira. Dia hanya memandang sepi wajah lelaki dihadapannya. Kenapa harus ada ketersamaan dengan si dia? Adira merasakan ada langit mendung berarak dalam hatinya, mungkin sebentar lagi hujan turut akan turun dengan lebatnya. Sungguh dia tak sangka ada kebetulan di situ. Adira cuba untuk kelihatan tabah dihadapan Shahir. Namun bukan Shahir kekasih hatinya, cuma lelaki yang baru dikenali 20 minit kemudian.

'Saya....urmm...Adira...Adira Maisarah.' dia tersenyum kelat di situ. Sambil menunduk ke bawah. Shahir yang pelik bertanya lagi.

'Cik Adira, awak ok tak ni?'

'Ok. Saya ok...cuma teringat kisah silam. Awak memang kerja mekanik ke?' Adira cuba mengalih topik yang baru Shahir mulakan. Dia tak mahu ada lagi yang tahu tentang masa lalu dia. Cukup sekadar sampai di situ. Dia tak mahu hidup dalam kepompong lagi, ini masanya dia bebas. Macam-macam yang ditanyakan Adira kepada Shahir. Ada beberapa ketika, Adira ketawa kecil mendengar jenaka Shahir. Nasib baik selang 30 minit kemudian Ain sampai dengan terkocoh-kocoh. Ain juga terkejut dengan keberadaan Shahir di situ, namun diabaikan saja kerana adiknya lebih penting saat itu. Shahir dan Adira kemudiannya bertukar senyuman sebelum Adira ditarik masuk kedalam kereta Ain pulang ke rumahnya.

Mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku tak tahu menahu. Ini semua Qada dan QadarMu Ya Allah. Aku pasrah.